ADN

Air Selangor baik pulih paip usang pangsapuri di Pelabuhan Klang

14 Nov 2021, 7:46 AM
Air Selangor baik pulih paip usang pangsapuri di Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 14 NOV: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjalankan kerja pembaikan paip usang di empat blok Pangsapuri Taman Suria Pendamar, Pelabuhan Klang.

Wakil rakyatnya Azmizam Zaman Huri berkata agensi terbabit melaksanakan kerja baik pulih berkenaan pada 22 Oktober lalu.

"Kerja pembaikan ini adalah untuk mengenal pasti serta membaiki masalah paip lama yang telah bocor dan menggantikan dengan paip yang baru.

"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Air Selangor di atas tindakan pantas yang diambil demi menjamin keselesaan penduduk di Pangsapuri Taman Suria Pendamar ini," katanya di Facebook.

Pada Oktober lalu, Azmizam bersama wakil penduduk pangsapuri terbabit dan Air Selangor mengadakan lawatan tapak dan membincangkan isu berbangkit berhubung masalah air yang sering berlaku di situ.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619