AGENSI

Program TownHall Undi 18 tarik minat belia dalam politik

13 Nov 2021, 9:28 AM
Program TownHall Undi 18 tarik minat belia dalam politik

SHAH ALAM, 13 NOV: Inisiatif Kerajaan Negeri mengadakan program TownHall Undi 18 merupakan langkah tepat untuk mengubah landskap politik membabitkan golongan belia seluruh negara khususnya di Selangor.

Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE) berkata kajian dilakukan bersama Universiti Selangor (UNISEL) mendapati sebanyak 72.4 peratus daripada 1,226 belia di Selangor tidak berminat mengikuti perkembangan politik.

Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman memaklumkan kajian terhadap responden belia berusia 18 hingga 20 tahun mendapati kebanyakan mereka tidak berminat kerana tiada pendedahan tentang perkembangan politik dan bosan dengan tingkah laku orang politik.

"Kebanyakan mereka tidak tahu apa itu politik dan konteks yang diambil Khairuddin (EXCO generasi muda) merupakan sesuatu yang cukup positif mengetahui apa sebenarnya supaya boleh mengambil langkah proaktif.

"Kita boleh memberi pendedahan perkembangan politik kepada mereka dan dengan cara ini dapat menanam minat sekurang-kurangnya untuk keluar mengundi apabila diberikan peluang,"katanya ketika berucap pada program TownHall Undi 18 Wacana Pemicuan Unid 18 Selangor di Dewan Jubli Perak hari ini.

Terdahulu program yang dihadiri EXCO Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman itu dirasmikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Naib Canselor UNISEL memaklumkan kajian mendapati 63.3 peratus responden menyokong pelaksanaan undi 18 dan majoriti daripada mereka akan keluar mengundi.

Kajian berhubung minat belia berusia 18 hingga 20 tahun terhadap perkembangan politik dilakukan bermula 6 hingga 9 November.

Ia melibatkan 1,226 responden di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilakukan secara bersemuka selain melibatkan semua bangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619