AGENSI

Belanjawan 2022: Beri tumpuan bimbing lepasan sekolah bina kerjaya

13 Nov 2021, 3:32 AM
Belanjawan 2022: Beri tumpuan bimbing lepasan sekolah bina kerjaya

SHAH ALAM, 12 NOV: Kerajaan Negeri diharap dapat memberi tumpuan kepada golongan remaja khususnya lepasan sekolah menjelang Belanjawan Selangor 2022 nanti.

Ketua Sekretariat Team Selangor berkata selain aspek pendidikan golongan berkenaan perlu dibimbing bagi menghadapi alam dewasa khususnya dalam menjana pendapatan.

"Akan datang nanti kita tidak boleh berharap kepada peluang pekerjaan, perlu cari kaedah untuk membolehkan mereka menjana pendapatan sendiri.

"Mungkin apa-apa program yang belum pernah ada atau peluang perniagaan yang baharu boleh diberi kepada golongan ini," kata Syahaizel Keman ketika dihubungi SelangorKini.

Belanjawan #Selangor2022 dijadual dibentangkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 26 November ini.

Pembentangan itu boleh diikuti secara langsung menerusi media sosial https://www.facebook.com/MediaSelangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619