AGENSI

Team Selangor peruntuk RM110,000 edar 2,000 bakul makanan

13 Nov 2021, 1:20 AM
Team Selangor peruntuk RM110,000 edar 2,000 bakul makanan

SHAH ALAM, 13 NOV: Sebanyak 2,000 bakul makanan diedar Sukarelawan Team Selangor kepada golongan memerlukan di 20 Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak Ogos hingga Oktober lalu.

Ketua Sekretariatnya Syahaizel Keman berkata sumbangan RM110,000 diperuntukkan bagi tujuan itu dengan setiap satu pek bernilai RM55.

"Setiap pek mengandungi beras lima kilogram, sardin, biskut, kicap, mee segera dan baucar kedai serbaneka 99 Speedmart RM30.

"Pemberian baucar ini bagi memudahkan setiap penerima membeli sendiri barangan diperlukan," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata pihaknya juga menyasarkan 3,000 bakul makanan untuk diedar sehingga penghujung bulan ini.

Pada 24 Oktober lalu sebanyak 600 bakul makanan diedar oleh Sukarelawan Team Selangor kepada isi rumah yang terkesan Covid-19 di enam DUN.

Syahaizel berkata DUN berkenaan ialah Ijok, Jeram, Permatang, Sungai Panjang, Sekinchan dan Bukit Melawati.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619