SELANGOR

Pemuda maut jatuh permainan roda Ferris di Cheras

12 Nov 2021, 12:03 AM
Pemuda maut jatuh permainan roda Ferris di Cheras

KUALA LUMPUR, 12 NOV: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dipercayai terjatuh daripada permainan roda Ferris di Cheras, Selangor tengah malam Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Mohd Sabri Abdullah berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang pekerja Pesta Ria di kawasan berhampiran sebuah pusat beli-belah di Cheras mengatakan bahawa terdapat dua lelaki tempatan terjatuh ketika menaiki permainan berkenaan.

"Saksi telah memaklumkan bahawa terdapat seorang lelaki berumur 39 tahun telah jatuh dari buaian permainan Fun Fair (Pesta Ria) dan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans daripada Hospital Kajang yang hadir di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa dalam lingkungan usia sama turut mengalami kecederaan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Sabri berkata pihaknya sedang menyiasat punca kejadian berkenaan sama ada terdapat kecuaian pada pihak pemilik Pesta Ria mahupun mangsa sendiri.

"Setakat ini hasil siasatan awal dapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku di dalam kejadian itu dan polis telah mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619