EXCO

Dana bantuan basmi kemiskinan naik kepada RM10,000 setiap penerima

11 Nov 2021, 7:05 AM
Dana bantuan basmi kemiskinan naik kepada RM10,000 setiap penerima

BANGI, 11 NOV: Peruntukan bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan meningkat kepada RM10,000 bagi setiap penerima bermula tahun depan.

EXCO pembangunan sosio ekonomi berkata peruntukan asal bantuan RM5,000 itu dinaikkan susulan berlaku kenaikan harga peralatan atau mesin di pasaran.

"Saya telah membawa perkara ini dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Oktober lalu dan cadangan tersebut dipersetujui.

"Jumlah penerima mungkin akan berkurangan tetapi perkara ini perlu kerana harga peralatan semakin meningkat," kata V Ganabatirau.

Beliau ditemui selepas program penyerahan sumbangan mesin jahit tepi kepada penerima Nur Faralia Mohammad Hafiz di Kuarters Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat hari ini.

Tambah Ganabatirau, setiap penerima bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dipantau Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan pejabat penghulu.

"Pemeriksaan dilakukan secara rambang supaya memastikan peralatan diberi digunakan sebaik mungkin agar dapat menjana pendapatan," katanya.

Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan Selangor sejak 2008 memberi peralatan atau mesin berdasarkan perniagaan sedang dijalankan.

Program itu membabitkan golongan miskin dan berpendapatan rendah mempunyai kemahiran untuk meneruskan perusahaan dalam bidang seperti jahitan, perniagaan runcit, perniagaan makanan, pengasuh kanak-kanak, perusahaan kecil dan kraftangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619