ADN

1,253 ahli SMUE Meru boleh tuntut baucar beli-belah mulai hari ini

10 Nov 2021, 5:12 AM
1,253 ahli SMUE Meru boleh tuntut baucar beli-belah mulai hari ini

SHAH ALAM, 10 NOV: Ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru boleh menuntut baucar Jom Shopping bernilai RM100 di pusat khidmat mulai hari ini.

Manfaat itu khusus buat 1,253 warga emas dan orang kelainan upaya yang berdaftar bawah inisiatif tersebut dan menyambut ulang tahun kelahiran bulan ini, kata wakil rakyatnya.

"Baucar boleh diguna pakai di pasar raya Econsave Kapar. Saya harap sumbangan ini meringankan beban penerima dan menceriakan sambutan ulang tahun kelahiran," kata Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang http://smue.yawas.my/admin/online_semakan.php.

Sementara itu, Mohd Fakhrulrazi berkata lebih 5,000 keluarga berpendapatan rendah (B40) di DUN itu menerima bantuan makanan sejak penularan Covid-19.

"Bantuan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana kita tidak mahu ada penduduk terputus bekalan makanan," katanya lagi.

Kerajaan Negeri membelanjakan RM1.1 bilion melalui beberapa pakej ekonomi bagi membantu rakyat mendepani pandemik dalam tempoh dua tahun.

Pelan tersebut meliputi dua siri Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor dan Pakej Kita Selangor serta Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor untuk menangani dampak wabak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619