AGENDA

Vaksin Selangor percepat suntikan, bantu persekutuan atasi Covid-19

10 Nov 2021, 1:00 AM
Vaksin Selangor percepat suntikan, bantu persekutuan atasi Covid-19

PETALING JAYA, 10 NOV: Inisiatif mitigasi antara Kerajaan Selangor dan persekutuan bagi menangani pandemik Covid-19 membuahkan hasil, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari menjelaskan ia termasuk pelaksanaan program Vaksin Selangor (Selvax) yang membantu menyuntik lebih ramai individu yang kini mencecah 75 peratus.

Beliau berkata usaha itu terus dipergiat apabila Kerajaan Negeri melancarkan Selvax Remaja yang memperuntuk 150,000 dos bermula 24 Oktober lalu.

"Lembah Klang dan Selangor merekodkan lebih 89 peratus penduduk disuntik. Selvax Komuniti dan Industri menyumbang lebih 370,000 dos vaksin kepada pekerja kilang serta masyarakat," katanya semalam.

Beliau berucap pada persidangan meja bulat bersama Dewan Perdagangan British Malaysia yang turut dihadiri EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim di Hotel Sheraton di sini.

Pada Jun, Kerajaan Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri dengan kos RM200 juta bagi melengkap dan mempercepat proses suntikan pelalian rakyat negeri ini.

Inisiatif itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619