AGENSI

Tengku Permaisuri berkenan hadir majlis serahan sumbangan LZS

9 Nov 2021, 12:00 PM
Tengku Permaisuri berkenan hadir majlis serahan sumbangan LZS

SHAH ALAM, 9 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri berkenan berangkat ke majlis serahan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan cek cura melalui Tabung Kebajikan Pesakit Hospital (TKPH) pada majlis simbolik penyerahan sumbangan tersebut.

"Baginda menyerahkan cek cura Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia berjumlah RM3.74 juta itu kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dr Faizal Mat Ariffin," tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Katanya, majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Saifulyazan M Yusop.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619