AGENDA

Program pemulihan khas pastikan semua murid Tahap Satu kuasai 3M

9 Nov 2021, 4:35 AM
Program pemulihan khas pastikan semua murid Tahap Satu kuasai 3M

SHAH ALAM, 9 NOV: Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan pelajar khususnya murid Tahap Satu yang tidak dapat mengikuti kaedah pembelajaran secara dalam talian, menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dengan lebih baik.

Timbalan menteri pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata antara lain, KPM sudah melaksanakan program pemulihan khas bagi murid sekolah rendah supaya masalah menguasai kemahiran asas 3M diatasi, lapor Berita Harian.

"Guru pemulihan dengan kerjasama guru subjek Bahasa Melayu dan Matematik, memberi bimbingan bersesuaian kepada murid hingga mereka dapat menguasai kemahiran asas 3M.

"Kemahiran 3M adalah aspek yang diberi penekanan dalam pendidikan murid di Tahap Satu, iaitu Tahun Satu, Dua dan Tiga," katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) mengenai langkah diambil dan pemantauan KPM bagi memastikan murid tidak dapat mengikuti kaedah pembelajaran secara dalam talian untuk menguasai kemahiran 3M dengan lebih baik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619