AGENDA

4,186 pegawai perubatan dilantik ke jawatan tetap tahun depan

9 Nov 2021, 3:49 AM
4,186 pegawai perubatan dilantik ke jawatan tetap tahun depan

SHAH ALAM, 9 NOV: Seramai 4,186 daripada 10,583 pegawai perubatan kontrak yang tamat perkhidmatan wajib dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilantik ke jawatan tetap tahun depan.

Menteri kesihatan berkata lantikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam membabitkan 3,586 pegawai perubatan dan masing-masing 300 pegawai pergigian serta farmasi, lapor Berita Harian.

"Perkara itu selaras keputusan Jemaah Menteri pada 14 Julai membabitkan pegawai lantikan kontrak yang sudah melengkapkan latihan khidmat wajib dua tahun.

"(Kemudian) disambung dua tahun lagi demi kesinambungan perkhidmatan dan persediaan pengajian kepakaran untuk pegawai terbabit," kata Khairy Jamaluddin menambah ia menelan kos RM377.48 juta.

Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung langkah kerajaan menghadapi gelombang kedua Hartal Doktor Kontrak di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 2 November, Gerakan Hartal Doktor Kontrak berkata mogok kedua akan diadakan di seluruh negara berikutan lantikan tetap mereka dalam KKM masih belum selesai.

Rancangan tunjuk perasaan itu hadir selepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2022 yang tidak menyebut lantikan tetap mereka dalam kerajaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619