ADN

DUN Sungai Ramal belanja lebih RM300,000 agih bantuan sejak pandemik

8 Nov 2021, 2:30 PM
DUN Sungai Ramal belanja lebih RM300,000 agih bantuan sejak pandemik

SHAH ALAM, 8 NOV: Lebih RM300,000 diperuntuk untuk agihan bakul makanan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal yang terjejas pendapatan akibat pandemik sejak Mac tahun lalu.

Wakil rakyatnya Mazwan Johar berkata pihaknya turut mengagihkan pelitup muka, kit saringan kendiri Covid-19.

"Ini adalah sebahagian daripada usaha dalam memberi galakan supaya masyarakat menjaga tatacara operasi piawai (SOP)," katanya.

Mazwan menjelaskan pihaknya juga memperuntukan RM45,000 untuk membeli komputer riba yang diberikan kepada keluarga kurang berkemampuan untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

"Setakat ini sebanyak 20 komputer riba sudah diagihkan sejak September lalu. Seramai 10 lagi penerima akan menerima komputer riba pada bulan ini," katanya.

Pada 9 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar memaklumkan Kerajaan Negeri membelanjakan RM1.1 bilion melalui beberapa pakej ekonomi bagi membantu rakyat mendepani pandemik Covid-19 dalam tempoh dua tahun.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata pelan tersebut meliputi dua siri Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor dan Pakej Kita Selangor serta Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor untuk menangani dampak wabak.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619