AGENSI

Pekawanis belanja RM100,000 bantu pesakit kronik beli ubat

8 Nov 2021, 8:02 AM
Pekawanis belanja RM100,000 bantu pesakit kronik beli ubat

SHAH ALAM, 8 NOV: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) membelanjakan RM100,000 setakat ini bagi membantu pesakit kronik membeli ubat menerusi program Ziarah Medik.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata daripada jumlah itu sebanyak 17 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen selesai melakukan serahan.

"Manakala, baki tinggal lagi hanya 26 DUN termasuk Parlimen yang akan selesaikan sesi serahan sebelum hujung November ini.

"Kita harap sumbangan itu sedikit sebanyak membantu pesakit untuk membeli ubatan dan barangan keperluan asas," katanya.

Menurutnya, DUN yang selesai mengagihkan sumbangan adalah Hulu Klang, Pelabuhan Klang, Bandar Utama, Gombak Setia, Lembah Jaya, Kuala Kubu Baru dan Kota Kemuning.

Selain itu, DUN Sungai Pelek, Sungai Kandis, Kota Anggerik, Balakong, Permatang, Taman Medan, Dengkil, Seri Kembangan, Kinrara dan Seri Setia.

Manakala, Parlimen yang selesai menyerahkan sumbangan tersebut ialah Kota Raja, Sungai Buloh dan Hulu Langat.

Sebelum ini, Pekawanis memperuntuk lebih RM150,000 untuk disalurkan kepada pesakit kronik di DUN dan Parlimen negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619