AGENDA

Ikut lunas undang-undang, teliti surat sokongan tandatangan MB, EXCO

8 Nov 2021, 4:06 AM
Ikut lunas undang-undang, teliti surat sokongan tandatangan MB, EXCO

SHAH ALAM, 8 NOV: Dato’ Menteri Besar mahu penjawat awam Selangor supaya bertindak mengikut lunas undang-undang yang tidak melanggar prinsip keterbukaan dan kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau sering mengingatkan barisan EXCO dan Ahli Dewan Negeri supaya tidak memberi arahan kepada kakitangan awam yang bertentangan dengan prinsip berkenaan dan melanggar piagam tugas mereka.

Menurutnya, perkara itu turut membabitkan apabila menerima surat sokongan ditandatangani beliau dan EXCO Kerajaan Negeri.

“Jangan ingat bila nampak tandatangan EXCO, Menteri Besar…semua harus lulus. Kadang-kala kita tulis di situ (minit di surat sokongan) teliti, maklumlah balik penelitian itu.

"Bila nampak tandatangan gigil kata ini kena luluskan, bukan begitu dan masing-masing kena pertahan prinsip itu,” katanya berucap pada majlis perhimpunan penjawat awam di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK di sini, hari ini.

Amirudin juga mahu penjawat awam negeri ini mempunyai sifat tahan uji bagi membawa hasrat memajukan Selangor menjadi negeri maju dan memenuhi permintaan warganya.

Jelasnya, Selangor berbeza dengan negeri lain setiap dasarnya sering menjadi tumpuan seluruh negara dan dihuni ramai golongan berpengaruh yang mempunyai permintaan tersendiri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619