AGENDA

Tiada aduan penumpang terlepas penerbangan berikutan masalah teknikal MySejahtera

7 Nov 2021, 11:55 PM
Tiada aduan penumpang terlepas penerbangan berikutan masalah teknikal MySejahtera

SHAH ALAM, 8 NOV: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak menerima sebarang aduan mengenai penumpang terlepas penerbangan atau penjadualan semula penerbangan berikutan masalah teknikal MySejahtera.

MAHB menjelaskan, pihaknya akan terus meneliti perkembangan masalah perisian berkenaan dengan semua syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami tidak menerima sebarang laporan atau aduan mengenai mana-mana penumpang terlepas penerbangan atau penjadualan semula penerbangan di KLIA berikutan masalah teknikal MySejahtera.

"MAHB akan terus menjalankan pemeriksaan dengan syarikat penerbangan dan memantau situasi ini dari semasa ke semasa. Penumpang yang memerlukan apa-apa bantuan berhubung masalah ini boleh menghubungi KLIA di talian 03-8777 8888," lapor Berita Harian.

Semalam, orang ramai mengadu mereka tiba-tiba dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), manakala status bertukar menjadi individu dalam pemantauan (PUS).

MySejahtera menerusi Twitter meminta maaf berikutan kesulitan sedemikian dan menjelaskan pihaknya sudah menyelesaikan masalah yang menjadi punca perkara terbabit.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619