AGENDA

Bomba temui mayat kanak-kanak dengan kesan gigitan buaya

7 Nov 2021, 10:33 AM
Bomba temui mayat kanak-kanak dengan kesan gigitan buaya

LAHAD DATU, 7 NOV: Seorang kanak-kanak lelaki warga Filipina yang dilaporkan hilang selepas dipercayai diserang buaya di Sungai Kampung Bakau Lama di sini semalam, ditemukan meninggal dunia pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata mayat Ibrahim Tolento, 10, ditemukan penduduk kampung terapung kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian di sungai berkenaan pada 6.41 pagi.

"Mayat ditemukan dengan kesan gigitan di kaki kiri dan pinggang, dipercayai akibat diserang buaya, namun mayat itu masih dalam keadaan sempurna, dan sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya beliau difahamkan dalam kejadian sekitar tengah hari semalam, arwah bersama dua rakannya sedang mencari udang di bawah rumahnya untuk dijadikan umpan memancing, apabila mereka tiba-tiba diserang buaya.

"Rumah Ibrahim terletak di atas air, difahamkan mulanya dia dapat melepaskan diri, namun buaya itu menyerang sekali lagi sebelum dia ditarik ke dalam sungai dan hilang," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619