ADN

DUN Seri Serdang agih lebih 5,000 bakul makanan sepanjang PKP

7 Nov 2021, 9:22 AM
DUN Seri Serdang agih lebih 5,000 bakul makanan sepanjang PKP

SHAH ALAM, 7 NOV: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang mengagihkan lebih 5,000 bakul makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengurusnya Mashitah Ismail berkata inisiatif itu masih diteruskan sehingga kini meskipun PKP sudah tamat bagi memastikan tiada golongan terputus bekalan makanan.

"Malah, Yang Berhormat Dr Siti Mariah (Ahli Dewan Negeri Seri Serdang Dr Siti Mariah Mahmud) juga mengalu-alukan penduduk sekitar yang memerlukan makanan untuk tampil ke pusat khidmat bagi memohon bantuan ini.

"Bakul makanan ini juga tidak khusus kepada golongan kurang berkemampuan (B40) sahaja sebaliknya ia terbuka kepada semua golongan yang hampir terputus bekalan asas," katanya kepada SelangorKini.

Pada 9 Oktober, Dato’ Menteri Besar berkata sebanyak RM1.1 bilion dibelanjakan melalui beberapa pakej ekonomi bagi membantu rakyat mendepani Covid-19 dalam tempoh dua tahun.

Pelan tersebut meliputi dua siri Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor dan Pakej Kita Selangor serta Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor untuk menangani dampak wabak.

Dato’ Menteri Besar berkata program bakul makanan antara yang mendapat perhatian serta memanfaatkan ratusan ribu keluarga di Selangor dalam berdepan pandemik Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619