AGENDA

EXCO: Sasar wujud pusat kitar semula di setiap PBT, atasi lambakan sampah

7 Nov 2021, 7:01 AM
EXCO: Sasar wujud pusat kitar semula di setiap PBT, atasi lambakan sampah

SEPANG, 7 NOV : Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti kawasan bersesuaian di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk dijadikan lokasi pusat kitar semula.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata rancangan masa hadapan itu bertujuan mengurangkan lambakan sampah di pusat pelupusan sekali gus menjimatkan kos ditanggung PBT.

"Kawasan itu perlu berada pada laluan digunakan lori kompaktor KDEB Waste Management supaya memudahkan proses kutipan selain menjimatkan masa.

"Sekarang pusat kitar semula dah ada di Meru, Klang dan Bandar Bukit Puchong, Puchong. Pembinaan dua pusat kitar semula ini dilihat berjaya dan sekarang kita usaha dapatkan tapak sesuai di semua PBT," katanya.

Beliau ditemui Sze pada program Jom Kembali Ke Sekolah anjuran Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) Majlis Perbandaran Sepang Zon Kota Warisan hari ini.

Sementara itu beliau berkata kesedaran masyarakat untuk melaksanakan aktiviti berkaitan penjagaan kebersihan dan amalan 3R (mengurangkan, guna semula, kitar semula) semakin meningkat.

"Penduduk, JPP, MPP (majlis perwakilan penduduk), JKP (jawatankuasa penduduk) dah banyak memulakan program 3R ini walaupun guna nama berbeza namun matlamatnya sama.

"Usaha ini perlu dilaksanakan secara konsisten bagi mendidik masyarakat  yang berdisiplin serta mementingkan penjagaan alam sekitar," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619