AGENDA

PGA tahan tekong darat, 60 pendatang asing sembunyi dalam semak

6 Nov 2021, 3:23 AM
PGA tahan tekong darat, 60 pendatang asing sembunyi dalam semak

SHAH ALAM, 6 NOV: Penahanan seorang tekong darat warga tempatan membongkar kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin menerusi Op Benteng Covid-19 di Kampung Sungai Janggut, Kuala Selangor semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Superintendan Rizal Mohamed berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 5 pagi.

Susulan itu pihaknya berjaya mengesan 60 pendatang asing tanpa izin terdiri daripada 38 lelaki dan 22 wanita berusia lingkungan 16 hingga 51 tahun yang bersembunyi di kawasan semak.

"Kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah dan ditahan untuk tindakan lanjut.

"Mereka dipercayai baru tiba ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rizal berkata, operasi yang turut dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor itu turut merampas sebuah kenderaan, dua unit telefon bimbit serta wang tunai RM147 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM61,400.

Katanya semua tangkapan akan menjalani ujan saringan Covid-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan juga petugas polis.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619