AGENDA

Keadaan di Klang terkawal, hati-hati lalui jalan dilimpahi air pasang

6 Nov 2021, 2:00 AM
Keadaan di Klang terkawal, hati-hati lalui jalan dilimpahi air pasang

SHAH ALAM, 6 NOV: Fenomena air pasang besar dengan ketinggian maksimum 5.6 meter awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan pesisir pantai di Klang dilimpahi air.

Ketua Zon Bomba Klang Hussin Ab Rahman berkata pemantauan dilakukan di beberapa kawasan termasuk Jeti Tok Muda; Pengkalan Sayang DSayang, Jalan Othman Baru; Jalan Pengkalan Nelayan, Rantau Panjang; Jeti Pulau Ketam dan Jalan Pandamaran Jaya.

"Sejak 6.30 pagi tadi keadaan di semua tempat yang dipantau terkawal, seperti di Pandamaran Jaya air pasang naik paling maksimum 5.6 meter, air melepasi jalan namun keadaan masih terkawal, rumah penduduk berdekatan masih selamat diduduki.

"Setakat hari ini tiada lagi laporan penduduk terkesan teruk akibat fenomena ini, cuma ada laman rumah di Kapar dan Rantau Panjang digenangi air, tapi itu keadaan biasa setiap kali air pasang," katanya.

Pada masa sama beliau mengingatkan pengguna jalan raya berhati-hati ketika melalui kawasan yang dinaiki air selain memperlahankan kenderaan.

"Penduduk yang tinggal berhampiran pantai, diminta sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan semasa.

"Sentiasa pantau anak-anak, keluarga serta patuh arahan pihak berkuasa supaya berpindah sekiranya berlaku kenaikan air yang mendadak," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619