AGENDA

Air pasang: Jalan Klang-Teluk Intan FT05 dinaiki air satu meter

5 Nov 2021, 3:38 AM
Air pasang: Jalan Klang-Teluk Intan FT05 dinaiki air satu meter
Air pasang: Jalan Klang-Teluk Intan FT05 dinaiki air satu meter

SHAH ALAM, 5 NOV: Jalan Klang-Teluk Intan FT05, Tanjong Karang dinaiki air setinggi satu meter berikutan fenomena air pasang besar kira-kira jam 5 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor Mohd Faizal Abdul Raji berkata bagaimanapun limpahan air tersebut tidak menjejaskan kawasan perumahan penduduk.

"Ia (air pasang) berlaku sekejap sahaja sebab ada longkang kecil berhampiran jalan berkenaan. Sehingga jam 9.50 pagi, air telah surut sepenuhnya.

"Kita bersyukur kerana tiada hujan, namun penduduk diingatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan fenomena air pasang besar diramal berlaku sehingga hujung minggu ini," katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Pegawai Daerah Kuala Selangor itu turut memaklumkan pihak berkuasa menjalankan pemantauan secara berkala di kawasan pesisiran pantai yang berpotensi dinaiki air antaranya Pantai Remis, Pantai Jeram, Sungai Janggut, Kuala Sungai Buloh dan Pasir Penambang.

Menurutnya, pemantauan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Bomba dan Penyelamat, polis serta unit bencana daerah bagi memastikan orang ramai tidak mengunjungi kawasan berkenaan.

"Aktiviti di pesisiran pantai masih tidak digalakkan ketika ini dan pengunjung perlu mematuhi arahan tersebut bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Jabatan Meterologi meramalkan fenomena air pasang besar melanda Selangor selama empat hari bermula semalam di Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Selain Selangor, fenomena itu dijangka melanda Kedah, Perak dan Johor dalam tempoh serta memburuk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.

[caption id="attachment_494408" align="aligncenter" width="399"] Jalan Klang-Teluk Intan FT05, Tanjong Karang dinaiki air setinggi satu meter berikutan fenomena air pasang besar pada 5 November 2021. Foto Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619