EXCO

Pelanjutan lesen sementara penjaja dibincang dalam mesyuarat negeri

5 Nov 2021, 2:58 AM
Pelanjutan lesen sementara penjaja dibincang dalam mesyuarat negeri

PUCHONG, 5 NOV: Cadangan untuk melanjutkan tempoh pemberian lesen sementara kepada peniaga kecil akan dibawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata pihaknya akan membawa kertas cadangan dalam mesyuarat akan datang bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara itu.

"Ada kemungkinan kita akan melanjutkan dalam satu tempoh masa lagi," katanya ditemui selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Puchong Indah semalam.

Pada 3 Julai, Sze Han memaklumkan sebanyak 8,386 lesen sementara dikeluarkan antara Ogos tahun lalu hingga April tahun ini bagi memudahkan individu terkesan Covid-19 menjalankan perniagaan.

Inisiatif itu membolehkan penerima beroperasi secara sah hingga hujung tahun ini.

Pemberian lesen sementara kepada peniaga tidak berlesen bermula sejak Ogos tahun lalu dengan bermula daripada Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pihak berkuasa tempatan perlu memastikan tapak niaga bersesuaian, menjamin keselamatan serta tidak mendatangkan kacau ganggu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619