AGENSI

Pengurusan masjid sambut baik ketetapan baharu solat Jumaat, fardu

3 Nov 2021, 3:42 PM
Pengurusan masjid sambut baik ketetapan baharu solat Jumaat, fardu
Pengurusan masjid sambut baik ketetapan baharu solat Jumaat, fardu

SHAH ALAM, 3 NOV: Ketetapan baharu solat Jumaat dan fardu dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) disambut baik pengurusan masjid negeri ini.

Tinjauan Selangorkini di Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 di sini hari ini mendapati ramai jemaah mengambil kesempatan menunaikan solat fardu Zuhur dan Asar di masjid pengurusan itu susulan kelonggaran diberikan.

Bilal, Ahmad Kamil Mohd Mokhtar, 35, berkata seramai 300 jemaah dibenarkan solat fardu di masjid berkenaan manakala 700 jemaah bagi solat Jumaat berkuat kuasa kelmarin.

"Kita sangat berbesar hati apabila Jais membuka lebih banyak ruang untuk jemaah solat dan kita nampak kehadiran mereka di masjid kian bertambah. Bukan sahaja jemaah tetap tetapi juga yang bekerja di kawasan berhampiran termasuk musafir," katanya ketika ditemui.

[caption id="attachment_494261" align="alignright" width="380"] Bilal Masjid Al-Ikhsan Seksyen 13, Shah Alam Ahmad Kamil Mohd Mokhtar. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, beliau memaklumkan jemaah yang mahu mendirikan solat Jumaat perlu mendaftar melalui aplikasi Masjid Pro yang dibuka pada hari berkenaan jam 7 pagi.

Menurutnya, jemaah yang hadir secara terus (walk-in) juga dibenarkan menunaikan kewajipan itu namun bergantung kepada kekosongan.

"Kita terima mana-mana jemaah yang datang pada saat akhir untuk penuhkan kuota sekiranya ada jemaah berdaftar tidak dapat hadir tetapi mereka perlu berada di bahagian luar," katanya.

Ahmad Kamil turut mengingatkan jemaah supaya membawa sejadah sendiri dari rumah meskipun masjid menyediakan kemudahan itu.

"Jemaah perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19 antaranya mengimbas kod bar MySejahtera, menyukat suhu badan selain mengelak berkumpul selepas solat," katanya.

Selangor membenarkan 400 hingga 2,000 orang menunaikan solat Jumaat mulai 1 November kecuali 3,500 orang di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Sementara untuk solat fardu, antara 200 hingga 500 orang bergantung pada kategori masjid dan surau.

Pengarah Jais Dato' Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan ketetapan itu mengikut titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sehingga satu tempoh ditetapkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619