AGENSI

Sultan, Tengku Permaisuri harap Deepavali dirai harmoni, penuh toleransi

3 Nov 2021, 12:03 PM
Sultan, Tengku Permaisuri harap Deepavali dirai harmoni, penuh toleransi

SHAH ALAM, 3 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berharap Deepavali kali ini disambut dalam suasana harmoni, hormat-menghormati dan penuh toleransi dengan semangat perpaduan utuh.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dan Tengku Permaisuri Norashikin juga mahu sambutan pesta cahaya diraikan dengan meriah tetapi mematuhi tatacara operasi piawai memandangkan Covid-19 masih menular di kalangan komuniti.

"Semoga limpahan cahaya yang menjadi simbol perayaan Deepavali mampu terus menyinari semangat perpaduan antara kaum di Malaysia dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang. Deepavali Valthukal," menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.

Baginda berdua juga berkenan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu yang meraikannya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619