AGENDA

Fenomena air pasang besar: 11 kawasan berisiko banjir di Klang

2 Nov 2021, 4:30 AM
Fenomena air pasang besar: 11 kawasan berisiko banjir di Klang
Fenomena air pasang besar: 11 kawasan berisiko banjir di Klang

KLANG, 2 NOV: Sebelas kawasan sekitar daerah ini berisiko dilanda banjir susulan fenomena air pasang besar dan monsun timur laut dijangka bermula 4 hingga 7 November.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Klang memaklumkan kawasan terbabit di Kampung Tok Muda; Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Pandamaran dan Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang.

Kampung Sungai Serdang; Ban Sementa, Ban Sungai Keramat; Kampung Perepat; Pelabuhan Utara; Telok Gong dan Pulau Ketam.

[caption id="attachment_494048" align="alignleft" width="459"] Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) Mohd Shahrizal Mohd Salleh bercakap kepada media selepas meninjau pintu air Pandamaran 12, Klang pada 2 November 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Menurut Mohd Shahrizal Mohd Salleh penduduk di kawasan terbabit diminta berhati-hati dan bersedia untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

“JBPD Klang turut mengaktifkan pasukan tinjauan di lokasi berisiko diketuai pasukan bomba sepanjang tempoh fenomena air pasang besar,” katanya selepas melawat pintu air Pandamaran 12 di sini, hari ini.

Mohd Shahrizal berkata mengikut ramalan pada 4 November fenomena berkenaan dijangka berlaku jam 5.21 pagi manakala 6.02 pagi pada keesokannya, 6.40 pagi pada 6 November dan 7.18 pagi pada 7 November.

“Paras air dijangka boleh mencecah sehingga 5.6 meter sepanjang tempoh itu,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619