AGENDA

Jemaah umrah perlu tunggu giliran dapat dos penggalak

2 Nov 2021, 3:49 AM
Jemaah umrah perlu tunggu giliran dapat dos penggalak

SHAH ALAM, 2 NOV: Jemaah umrah yang mendapat tarikh penerbangan ke tanah suci perlu menunggu giliran bagi menerima dos penggalak vaksin, kata timbalan menteri kesihatan 1.

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menjelaskan keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan, warga emas dan individu yang menghadapi masalah kesihatan atau komorbid, lapor Berita Harian.

"Dos penggalak ini, sekarang kita buka untuk petugas hadapan, mereka yang ada komorbid, berusia 60 tahun ke atas yang ada masalah dan yang berdepan orang ramai," katanya.

Beliau berkata individu yang menerima vaksin Sinovac akan mendapat dos penggalak selepas tiga bulan bagi memenuhi syarat menunaikan umrah.

"Sekarang sudah dibenarkan dos campuran, Pfizer, Pfizer dan Sinovac atau Sinovac dan Pfizer. Macam di Arab Saudi, mereka masih mengekalkan hanya Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna," kata Dr Noor Azmi.

Pada Julai, kerajaan Arab Saudi mengumumkan hanya penerima empat jenis dos vaksin dibenarkan memasuki tanah suci bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.

Bagaimanapun, pada Ogos, negara itu membenarkan kemasukan penerima vaksin Sinovac dan Sinopharm dengan syarat mendapatkan dos penggalak Pfizer, Astra Zeneca, Moderna atau Johnson&Johnson.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619