ADN

Beg berisi kuih, jus hargai petugas hadapan sempena Deepavali

2 Nov 2021, 3:15 AM
Beg berisi kuih, jus hargai petugas hadapan sempena Deepavali

SHAH ALAM, 2 NOV: Wakil rakyat Sentosa menyumbang 150 beg Deepavali kepada 150 petugas barisan hadapan berbangsa India sempena perayaan tersebut Khamis ini.

Beg berisi kuih dan jus bernilai RM50 setiap satu diedar kepada anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Balai Bomba dan Penyelamat Andalas serta Pejabat Kesihatan Daerah Klang, kata Dr Gunaraj George.

"Sumbangan ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang sentiasa berjuang memutuskan rantaian Covid-19 tanpa mengira penat lelah.

"Malah, saya difahamkan ada sebahagian mereka tidak berpeluang pulang ke kampung halaman meraikan Deepavali atas tuntutan kerja. Diharap, bantuan ini mampu memberi keceriaan dan semangat kepada mereka," katanya ketika dihubungi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619