AGENDA

Kerjasama Selangor, Siemens latih tenaga mahir Revolusi Industri 4.0

1 Nov 2021, 8:31 AM
Kerjasama Selangor, Siemens latih tenaga mahir Revolusi Industri 4.0
Kerjasama Selangor, Siemens latih tenaga mahir Revolusi Industri 4.0

PUTRAJAYA, 1 NOV: Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) menjalinkan kerjasama dengan Siemens Malaysia untuk melahirkan tenaga kerja mahir memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Dato’ Menteri Besar berkata langkah itu akan memperkasakan usaha negeri membangunkan pekerja industri menerusi program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISAS) yang diperkenal pada 2018.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, menerusi kerjasama itu industri dan institusi pendidikan akan merangka silibus memenuhi keperluan semasa yang menyokong lima kluster ekonomi Selangor termasuk pengangkutan.

[caption id="attachment_493940" align="aligncenter" width="800"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (duduk, tiga dari kiri) menandatangan dokumen pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) dan Siemens Selangor di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada 1 November 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Seperti kita maklum Siemens terbabit projek Transit Aliran Massa (MRT) dan menerusi kerjasama itu kita boleh wujudkan silibus berkenaan teknologi pengangkutan.

“Saya percaya dengan sinergi ini kita dapat selesaikan masalah keperluan industri, sebelum ini kita buat sesuatu tanpa menentukan apa diperlukan mereka,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Negeri, STDC dan Siemens di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, Pengerusi STDC Dato’ Zamani Ahmad Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia, Adam Yee.

Menerusi kerjasama itu, Siemens akan memindahkan pengetahuan teknologi kepada STDC yang bakal melatih 1,000 peserta setiap tahun.

Kerjasama itu bagi merapatkan jurang bakat bagi memenuhi keperluan industri dalam aspek kemahiran IR 4.0.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619