ADN

Bersih parit di Tanjung Sepat, elak banjir kilat bertambah buruk

1 Nov 2021, 4:37 AM
Bersih parit di Tanjung Sepat, elak banjir kilat bertambah buruk

TANJUNG SEPAT, 1 NOV: Proses pembersihan parit dilakukan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat sebagai persediaan kejadian banjir kilat bertambah buruk.

Ahli Dewan Negerinya Borhan Aman Shah berkata tindakan membersihkan parit itu dilakukan baru-baru ini supaya pengaliran air ke laut lebih lancar.

"Bagaimanapun masyarakat dinasihatkan terus mematuhi arahan iaitu tidak menghampiri pantai kerana bimbang sekiranya berlaku kemalangan.

"Biarpun keadaan agak tenang tetapi arahan sudah dikeluarkan dan lebih baik kita berjaga-jaga," katanya kepada SelangorKini.

Sabtu lalu, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyaran orang ramai khususnya penduduk di daerah itu tidak memasuki kawasan peranginan pantai sepanjang fenomena air pasang besar dan peralihan monsun timur laut.

Yang Dipertuanya Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata air pasang besar dijangka berlaku bermula pada 3 hingga 7 November ini.

Antara kawasan dijangka akan berlaku limpahan air seperti Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.

Susulan itu, MPKL akan menutup kawasan peranginan pantai dan kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk di Pantai Kelanang, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619