AGENSI

Selangor benarkan akad nikah di masjid dan surau, terhad 20 orang

1 Nov 2021, 3:09 AM
Selangor benarkan akad nikah di masjid dan surau, terhad 20 orang

SHAH ALAM, 1 NOV: Semua masjid dan surau di negeri ini dibenar mengadakan majlis akad nikah mulai 1 November dengan mematuhi beberapa syarat.

Antaranya hanya enam slot nikah sehari iaitu tiga pada sebelah pagi dan selebihnya sesi petang, maklum pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Sementara bilangan orang ramai yang hadir ditetapkan seramai 20 orang iaitu 10 daripada pihak lelaki dan 10 lagi pihak perempuan.

"Semua yang hadir perlu lengkap menerima dua dos suntikan vaksin," kata Dato' Mohd Shahzihan Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pengurusan jenazah bukan Covid-19 dalam kalangan kariah dibenarkan di masjid dan surau dengan kehadiran waris, keluarga terdekat dan ahli kariah tidak lebih 100 orang.

Selain itu, katanya, mesyuarat jawatankuasa kariah masjid dan surau mesyuarat agung tahunan turut dibenarkan termasuk jamuan secara hidang bagi meraikan penceramah.

"Jamuan untuk jemaah yang lain boleh disediakan dalam bentuk bungkusan," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619