AGENSI

Pekawanis anjur program bersih pantai, pupuk kesedaran jaga alam sekitar

31 Okt 2021, 9:26 AM
Pekawanis anjur program bersih pantai, pupuk kesedaran jaga alam sekitar

TANJUNG SEPAT, 31 OKT: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) berharap orang ramai sentiasa menjaga kebersihan kawasan pantai supaya keindahan alam sekitar terpelihara.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata pihaknya mengadakan Program Batik Plogging (pembersihan pantai) di Pantai Batu Laut di sini hari ini bagi memupuk kesedaran itu.

Menurut isteri Dato' Menteri Besar itu, apabila memasuki fasa keempat, masyarakat mula berkunjung ke pantai dan mengakibatkan kawasan itu dipenuhi sampah.

"Oleh yang demikian Pekawanis mengambil usaha ini di samping beriadah kita dapat mengadakan aktiviti kutip sampah sekali gus mencantikkan pantai.

"Selain itu dapat mengetengahkan elemen pakaian tradisional batik kepada golongan muda kerana program ini berkonsepkan batik," katanya ketika ditemui selepas program tersebut.

Ketibaan Masdiana pada jam 8 pagi itu disambut Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat Borhan Aman Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek.

Selain pembersihan pantai, program merupakan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Tanjung Sepat, Team Selangor, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kuala Langat Zon 23 Rahiman Harun itu turut menganjurkan acara zumba, pertandingan pakaian terbaik dan konvoi motosikal besar.

Menerusi program ini, kumpulan orang kenamaan (VIP) yang diketuai Masdiana dinobat sebagai juara apabila berjaya mengutip sampah seberat 88.3 kilogram (kg), sementara kumpulan oren di tempat kedua iaitu 80kg manakala ketiga kumpulan kuning dengan kutipan 75.8kg.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619