AGENDA

Air pasang besar: Skuad Pantas MPKL pantau kawasan pantai

31 Okt 2021, 8:05 AM
Air pasang besar: Skuad Pantas MPKL pantau kawasan pantai

SHAH ALAM, 31 OKT: Skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) akan digerakkan bagi mengawal dan memantau kawasan pesisir pantai sepanjang fenomena air pasang besar bermula 3 November ini.

Ketuanya Mazlan Abdul Manap berkata pengawasan akan dijalankan 14 anggota skuad bersama dengan penguat kuasa MPKL bermula seawal jam 4 pagi.

"Pemantauan sama seperti awal bulan ini di mana kita akan memastikan kawasan peranginan pantai dan kemudahan awam ditutup bagi memastikan tidak dikunjungi orang ramai.

"Pemasangan kain rentang penutupan kawasan berkenaan akan dilakukan dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Semalam, MPKL menyaran orang ramai khususnya penduduk di daerah itu tidak memasuki kawasan peranginan pantai sepanjang fenomena air pasang besar dan peralihan monsun timur laut yang bermula pada awal November ini.

Yang Dipertuanya Dato’ Amirul Azizan Bin Abd Rahim berkata air pasang besar dijangka berlaku bermula 3 hingga 7 November ini dan pihaknya akan menggerakkan petugas bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan terlibat.

“Antara kawasan dijangka akan berlaku limpahan air seperti Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.

“Justeru, MPKL akan menutup kawasan peranginan pantai dan kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk di Pantai Kelanang, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat,” katanya dalam kenyataan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619