AGENDA

16 penduduk terperangkap banjir di Pokok Sena diselamatkan

31 Okt 2021, 1:24 AM
16 penduduk terperangkap banjir di Pokok Sena diselamatkan

ALOR SETAR, 31 OKT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berjaya menyelamatkan 16 penduduk daripada tiga keluarga di Kampung Kotan, Pokok Sena dekat sini, yang terperangkap di dalam rumah masing-masing susulan kejadian banjir petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata anggota JBPM dari balai Pokok Sena dan Alor Setar bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan sebuah bot, sebaik sahaja pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada kira-kira pukul 5.34 petang.

"Kesemua mangsa dilaporkan terperangkap di dalam tiga rumah. Paras air ketika kejadian adalah setinggi dua meter dan bot digunakan bagi memindahkan mangsa yang berada di bahagian tingkat atas rumah," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata mangsa yang terperangkap terdiri daripada enam lelaki, lima wanita, tiga kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan itu dipindahkan sementara ke rumah saudara-mara mereka yang berhampiran.

Mohamadul Ehsan berkata setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka secara rasmi di Pokok Sena.

Sementara itu Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah memaklumkan PPS akan dibuka sekiranya air belum surut dan mengikut keadaan cuaca dengan kini pihaknya masih meneruskan operasi serta pemantauan dari semasa ke semasa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619