BERITA UTAMA

MPSepang bentang projek bandar hijau di Ekspo Dubai

31 Okt 2021, 12:12 AM
MPSepang bentang projek bandar hijau di Ekspo Dubai

CYBERJAYA, 31 OKT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan membentangkan projek bandar hijau (Urban Nature Project) di Ekspo Dubai 2020 minggu hadapan.

Yang Dipertuanya Dato’ Abd Hamid Hussain berkata pihak berkuasa tempatan itu dipilih Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) untuk berkongsi pembangunan di Sepang termasuk berkaitan inisiatif rendah karbon.

"Di samping itu, kita mahu menarik pelabur yang berminat melabur di Sepang kerana kita masih mempunyai ruang untuk dibangunkan khususnya di Cyberjaya.

"Sekiranya ada pihak bersesuaian kita alu-alukan dan cuba menemukan mereka dengan pemaju," katanya ditemui selepas Program Selangor Agro Market (SAM) di Taman Tasik Cyberjaya semalam.

Terdahulu, beliau mengiringi EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim ke tapak jualan SAM bersama Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor Aiaida Abdul Rashid.

Sementara itu, Abd Hamid berkata, berdasarkan rancangan tempatan, Sepang memerlukan industri berteknologi tinggi dan tenaga kerja yang ramai.

"Namun kita tidak mahu kilang-kilang industri berat yang boleh membawa kepada pencemaran.

"Kita fokus kepada teknologi tinggi yang boleh menjana pendapatan kepada MPSepang dan negara serta memberi pekerjaan kepada warga Malaysia berbanding industri berat mengupah warga asing," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619