BERITA UTAMA

Pejabat bergerak MBSA di Aeon Shah Alam hari ini

30 Okt 2021, 1:20 AM
Pejabat bergerak MBSA di Aeon Shah Alam hari ini
Pejabat bergerak MBSA di Aeon Shah Alam hari ini

SHAH ALAM, 30 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memudahkan orang ramai menyelesaikan bayaran kompaun tertunggak melalui Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) di Aeon Mall Shah Alam hari ini.

Pengeoperasian premis tersebut bermula dari 11 pagi hingga 5 petang ini.

"Jangan bertangguh untuk menyelesaikan kompaun tertunggak anda dan merebut tawaran pengurangan kompaun tempat letak kereta berjumlah RM10 dan juga 70 peratus pengurangan kompaun MBSA yang terpilih sebelum 1 November," katanya menerusi Facebook.

MBSA menawarkan pengurangan kadar kompaun tempat letak kereta sebanyak RM10 selama sebulan mulai 1 Oktober.

Datuk Bandarnya Dato’ Zamani Ahmad Mansor berkata tawaran itu dilaksanakan sempena sambutan ulang tahun bandar raya Shah Alam yang ke-21.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619