AGENDA

RM4 bilion untuk beli vaksin Covid-19, tingkat kelengkapan kesihatan

29 Okt 2021, 12:03 PM
RM4 bilion untuk beli vaksin Covid-19, tingkat kelengkapan kesihatan

SHAH ALAM, 29 OKT: Sejumlah RM4 bilion disediakan dalam Belanjawan 2022 khusus untuk meneruskan agenda menangani Covid-19, kata menteri kewangan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia merangkumi RM2 bilion untuk membiayai program vaksinasi manakala RM2 bilion lagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam.

"Bagi terus menang dalam melawan Covid-19, kerajaan bercadang untuk melaksanakan perolehan ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk Covid-19.

“Paling utama sekali, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan terus diperkasa bagi membekalkan dos ketiga sebagai vaksin penggalak kepada semua orang dewasa di samping meneruskan vaksinasi kepada anak-anak berusia 12 hingga 17 tahun,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619