AGENDA

Pas perjalanan tanpa had RM50 untuk pengguna bas, rel di Lembah Klang

29 Okt 2021, 11:38 AM
Pas perjalanan tanpa had RM50 untuk pengguna bas, rel di Lembah Klang

SHAH ALAM, 29 OKT: Sejumlah RM115 juta disedia bagi inisiatif pas perjalanan bas dan rel tanpa had dengan harga RM50 sebulan untuk pengguna terutama di Lembah Klang, kata menteri kewangan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata RM80 juta diperuntukkan sebagai dana bantuan sementara bas henti-henti untuk manfaat pengendali bas henti-henti.

"Kerajaan juga meneruskan pemberian subsidi bagi menampung sebahagian kos operasi perkhidmatan tren kurang ekonomik di luar bandar terutamanya di wilayah timur dan meneruskan inisiatif Pas MyRail5 untuk manfaat murid sekolah.

"Selain itu, kerajaan akan terus memberikan subsidi sebanyak RM209 juta bagi perkhidmatan pengangkutan udara untuk manfaat penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619