AGENDA

Makanan tambahan lima kali seminggu untuk kanak-kanak miskin bandar

29 Okt 2021, 9:45 AM
Makanan tambahan lima kali seminggu untuk kanak-kanak miskin bandar

SHAH ALAM, 29 OKT: Bajet 2022 memperuntukan sejumlah RM24 juta untuk aspek kesihatan kanak-kanak terutamanya masalah kurang zat dalam kalangan keluarga miskin bandar, kata menteri kewangan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program makanan tambahan diberi lima kali seminggu kepada 100 kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun.

"Program ini diperluas kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin bandar di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen hari ini.

Zafrul berkata kerajaan juga meluaskan skop penerima bantuan program pemulihan kanak-kanak kekurangan zat makanan bagi manfaat lebih 1,100 kanak-kanak.

"Sebuah bank susu Ibu juga ditubuhkan untuk bayi pramatang di unit penjagaan neonatal  hospital di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya..

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619