AGENSI

Dua projek perumahan dibangunkan atas tanah wakaf Mais

28 Okt 2021, 10:19 AM
Dua projek perumahan dibangunkan atas tanah wakaf Mais

KLANG, 28 OKT: Dua projek perumahan dibangunkan atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di Jalan Limau, Kapar di sini dengan nilai pembangunan kasar RM28 juta.

Dikenali sebagai UME Impian dan UME Idaman, projek berkeluasan 1.21 hektar setiap satu berkonsepkan 'istibdal' iaitu menggantikan tanah wakaf dengan tanah lain bernilai tinggi, kata pengerusi Mais.

Pembinaan perumahan oleh anak syarikat Perbadanan Wakaf Selangor itu turut diluluskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sejak 17 Oktober 2017, jelas Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoh.

"Tujuan kita menggunakan kaedah ini supaya mudah tanah wakaf ini dibangunkan untuk projek perumahan, malah ia turut dibenarkan mengikut hukum," katanya selepas melancarkan projek berkenaan hari ini.

Abdul Aziz berkata kedua-dua pembinaan masing-masing melibatkan 37 unit rumah teres satu tingkat dengan tawaran harga antara RM380,000 sehingga RM480,000.

"Semoga pelaksanaan projek ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai umat Islam untuk memiliki rumah dengan harga berpatutan," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619