PBT

MBPJ sumbang RM20,000 untuk 80 penduduk India sempena Deepavali

27 Okt 2021, 12:00 PM
MBPJ sumbang RM20,000 untuk 80 penduduk India sempena Deepavali

SHAH ALAM, 27 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memberi bantuan kewangan berjumlah RM20,000 kepada 80 masyarakat India sempena Deepavali.

Sumbangan wang tunai dengan masing-masing menerima RM250 melibatkan golongan terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan keluarga mempunyai tanggungan ramai yang berdaftar bawah program pembangunan komuniti bandar, menurut unit komunikasi korporatnya.

"Bantuan ini merupakan program tahunan bertujuan memberi khidmat komuniti dalam membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah (B40).

"Ia juga bertujuan mendekati, membantu dan memberi perhatian kepada golongan berkenaan sebagai usaha mengeratkan hubungan mesra serta penuh kasih sayang antara majlis dan masyarakat," katanya dalam kenyataan.

Jabatan itu turut memaklumkan program tersebut selaras pelan pembangunan bandar sebagai 'inclusive city' mengambil kira keperluan dan penglibatan semua golongan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619