AGENDA

Malaysia keluarkan vaksin influenza menjelang 2024

27 Okt 2021, 4:21 AM
Malaysia keluarkan vaksin influenza menjelang 2024

SHAH ALAM, 27 OKT: Malaysia bakal mengeluarkan vaksin influenza untuk manusia berstatus halal menerusi kilang Malaysian Vaccines and Pharmaseutical (MVP) Sdn Bhd menjelang 2024.

Pengarah Eksekutif MVP Rashidah Ibrahim berkata kilang yang terletak di Pucong, Selangor mampu menghasilkan kuantiti maksimum 10 juta dos, lapor portal Berita Harian.

"Kami mempunyai bangunan dua lot kilang dan berbekalkan teknologi sama dan kepakaran kami menghasilkan vaksin haiwan dalam tempoh kurang dari tiga tahun, kami mampu membekalkan vaksin manusia.

"Kami tiada masalah kerana kebanyakan pekerja di sini mempunyai kepakaran teknikal yang sangat tinggi," katanya pada Majlis Pertukaran Dokumen MVP dan St Petersburg Scientific Research Institutes For Vaccine And Serum Russia di Puchong, dekat sini.

Rashidah berkata perjanjian dengan St Petersburg memberikan MVP pasaran di Asia Tenggara dan beberapa negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

MVP Sdn Bhd adalah syarikat yang menghasilkan vaksin untuk unggas. Sejak 1994, syarikat berkenaan menghasilkan 16 vaksin unggas di negara ini oleh pakar tempatan untuk pasaran domestik dan sebahagian besar dieksport.

Menurut Rashidah, melalui penubuhan cabang syarikat MVP Healthcare, ia sebagai langkah untuk firma itu untuk menceburi bidang penghasilan vaksin manusia sesuai dengan pengalaman, kepakaran dan teknologi dimilikinya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619