ADN

Belanjawan 2022: Tambah peruntukan naik taraf jalan raya, parit, internet

27 Okt 2021, 2:24 AM
Belanjawan 2022: Tambah peruntukan naik taraf jalan raya, parit, internet

BANTING, 27 OKT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Banting berharap Kerajaan Negeri dapat menambah peruntukan untuk menaik taraf infrastruktur awam dalam Belanjawan 2022.

Lau Weng San berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan untuk mengekalkan kedudukan Kuala Langat sebagai daerah kedua terbesar di Selangor menerima pelaburan asing.

"Antara infrastruktur yang boleh dinaik taraf adalah jalan raya, sistem perparitan, saliran dan internet.

"Infrastruktur ini penting untuk mengekalkan kedudukan Kuala Langat sebagai daerah kedua terbesar meenrima pelaburan asing," katanya kepada SelangorKini.

Tambah Weng San, Belanjawan 2022 penting untuk memulihkan ekonomi Selangor ke paras sebelum pandemik Covid-19.

"Kerajaan Negeri sebelum ini sudah lakukan pelbagai usaha untuk membantu rakyat terkesan kerana pandemik, kini perlu buat persiapan memulihkan ekonomi,"katanya.

Pada 8 Oktober, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menerusi sesi taklimat Belanjawan 2022 memaklumkan semua ADN dan pimpinan komuniti Selangor terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2022.

Pembentangan Belanjawan Selangor dibuat pada 26 November dan dibahas dalam tempoh seminggu sebelum diluluskan pada Disember.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619