ADN

Wakil rakyat harap lebih banyak dana perkasa ekonomi anak muda

27 Okt 2021, 12:29 AM
Wakil rakyat harap lebih banyak dana perkasa ekonomi anak muda

KAJANG, 27 OKT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong berharap lebih banyak dana diperuntukkan bagi memperkasa ekonomi anak muda dalam Belanjawan Selangor 2022.

Wong Siew Kii berkata perkara itu wajar dipertimbangkan berikutan ramai graduan gagal mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian di universiti sekali gus tiada sumber pendapatan.

"Saya cadangkan supaya program bantuan bakul makanan dikurangkan sebaliknya lebih menumpukan kepada usaha membantu ekonomi golongan muda terutama graduan.

"Sebagai contoh, rakyat sekarang tidak lagi memerlukan ikan tetapi joran. Dengan adanya joran, mereka boleh tangkap sendiri ikan tersebut. Jadi selepas ini mereka mampu berdikari dan cari wang," katanya.

Beliau berkata demikian pada program penyerahan kad modul pengenalan pelanggan (SIM) sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di pejabat pusat khidmatnya di sini hari ini.

Siew Kii menambah anak muda juga perlu diberi peluang dalam pasaran kerja supaya mampu menonjolkan potensi selain mencari pengalaman.

Pada 8 Oktober lalu, Dato' Menteri Besar memaklumkan semua wakil rakyat negeri ini terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2022 yang diadakan secara berasingan dalam pelbagai bentuk dan kaedah.

Pembentangan belanjawan negeri akan dibuat Dato' Seri Amirudin Shari pada 26 November.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619