ADN

Wakil rakyat terus agih bantuan makanan kepada penduduk Banting

26 Okt 2021, 3:34 PM
Wakil rakyat terus agih bantuan makanan kepada penduduk Banting

BANTING, 26 OKT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting masih menggerakkan bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas akibat Covid-19.

Wakil rakyatnya berkata buat masa ini pihaknya sudah mengagihkan lebih 1,000 bakul makanan kepada penduduk sejak awal tahun ini.

"Bantuan diagihkan kepada golongan berkaitan tidak hanya fokus kepada barangan itu tetapi peralatan pembelajaran juga diberikan.

"Setakat ini kita sudah membelanjakan lebih RM3,000 untuk membeli peralatan antaranya buku, pensel dan pembaris," kata Lau Weng San.

Terdahulu, beliau menyerahkan kad modul pengenalan pelanggan (SIM) percuma dilengkapi data internet 15 gigabit (GB) kepada 77 penerima yang layak di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Banting di sini hari ini.

Dalam pada itu, Weng San memaklumkan pihaknya turut mengagih lebih 50 peranti untuk kelengkapan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

"Agihan peranti seperti gajet dan komputer riba adalah sumbangan individu, PKM, Penggerak Belia Selangor, ahli majlis dan peruntukan sendiri.

"Selain memberi peranti baharu kita juga memperbaiki kelengkapan pembelajaran penduduk yang masih boleh digunakan. Kita menghargai ibu bapa yang mementingkan pendidikan anak-anak walaupun ekonomi terjejas akibat pandemik,"katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619