PBT

Elak denda, perbaharui permit niaga MPS sebelum 31 Disember

26 Okt 2021, 6:06 AM
Elak denda, perbaharui permit niaga MPS sebelum 31 Disember

SHAH ALAM, 26 OKT: Pemegang lesen perniagaan bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS) digesa memperbaharui permit 2022 sebelum 31 Disember bagi mengelak didenda.

Kegagalan berbuat demikian sebelum tarikh ditetapkan akan dicaj fi lewat sebanyak 10 peratus daripada jumlah aktiviti lesen, menurut pengarah jabatan korporatnya.

Mohamad Zin Masoad berkata maklumat boleh dikemas kini melalui laman sesawang http://lesendigital.mps.gov.my dan seterusnya membuat bayaran di mymps.mps.gov.my.

"Pemegang lesen boleh membayar dan mencetak sendiri lesen menggunakan MyMPS untuk memudahkan proses secara dalam talian di mana sahaja tanpa kehadiran fizikal di kaunter," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata proses bayaran bagi pemegang lesen minuman keras, visual, papan iklan, kilang tanpa kebenaran, rumah urut, refleksologi, pusat siber, hotel, barang lusuh dan kuari juga melalui sistem sama.

Katanya, lesen bagi perniagaan berkaitan boleh diperoleh di Jabatan Pelesenan MPS.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-61265940-5941/5942/5943 atau layari www.mps.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619