AGENDA

Percuma! Dapatkan baucar pelancongan RM100 mulai tengah malam ini

21 Okt 2021, 2:42 PM
Percuma! Dapatkan baucar pelancongan RM100 mulai tengah malam ini

SHAH ALAM, 21 OKT: Baucar Pelancongan Selangor 2.0 bernilai RM100 setiap satu boleh ditebus mulai tengah malam ini menerusi aplikasi beli-belah terkenal Shopee.

Tourism Selangor menerusi Twitter memaklumkan  10,000 baucar 'Pusing Selangor Dulu' dengan peruntukan RM1 juta boleh ditebus sehingga 31 Disember ini dan sah digunakan hingga 30 Jun tahun depan.

Baucar berkenaan boleh digunakan untuk membeli lebih 170 pakej pelancongan menarik yang ditawar 35 agensi pelancongan negeri.

Semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun layak menebus baucar yang terhad kepada satu transaksi tersebut menerusi 'ShopeePay'.

Tourism Selangor menjelaskan kemudahan itu tidak boleh diganti produk lain. Penggunaan dihentikan setelah baucar habis atau tempoh kempen berakhir.

Baucar tersebut yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 dilancar EXCO Pelancongan Hee Loy Sian pada 5 Oktober.

Dengan peruntukan RM2.55 juta, fasa pertama program berlangsung mulai Januari yang menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Maklumat lanjut, layari pautan selangor.travel 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619