AGENDA

MB libatkan pembangkang bincang Belanjawan Selangor 2022

21 Okt 2021, 10:01 AM
MB libatkan pembangkang bincang Belanjawan Selangor 2022

SHAH ALAM, 21 OKT: Dato' Menteri Besar mengadakan sesi libat urus Belanjawan Selangor 2022 bersama wakil rakyat pembangkang dan bebas pada 15 Oktober.

Pertemuan yang berlangsung di Hotel Concorde di sini bagi membincangkan intipati belanjawan yang lebih konstruktif demi manfaat rakyat negeri ini, jelas Dato' Seri Amirudin Shari.

“Saya ucap terima kasih dan penghargaan kepada wakil pembangkang dan bebas,” katanya di Facebook.

Perbincangan disertai Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuang Sallehuddin Aminuddin, ADN Sijangkang Dato’ Dr Ahmad Yunos Hairi, ADN Teratai Lai Wai Chong dan wakil ketua pembangkang Mohd Zaim Tawfek.

Sementara itu, Sallehuddin ketika dihubungi berkata isu menangani kilang haram antara yang dibangkitkan untuk dipertimbang dalam Belanjawan Negeri pada 26 November.

“Saya membawa isu supaya ada pasukan khas negeri menangani kilang haram. Kita tidak mahu hanya bergantung kepada pihak berkuasa tempatan sahaja kerana ia tidak selesaikan masalah,” katanya.

Pada 8 Oktober, Dato' Menteri Besar berkata semua ADN terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2022 yang diadakan secara berasingan dalam pelbagai bentuk dan kaedah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619