AGENDA

Peruntuk lebih RM80,000 agih tablet kepada penghulu, mudah urusan kerja

20 Okt 2021, 12:00 PM
Peruntuk lebih RM80,000 agih tablet kepada penghulu, mudah urusan kerja
Peruntuk lebih RM80,000 agih tablet kepada penghulu, mudah urusan kerja

SHAH ALAM, 20 OKT: Sejumlah RM81,500 diperuntuk bagi agihan tablet beserta kad SIM kepada 57 penghulu mukim negeri ini, kata EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi.

Borhan Aman Shah berkata pemberian tablet kepada penghulu mukim  diyakini dapat memberi manfaat dan membantu memudahkan urusan harian.

[caption id="attachment_492493" align="alignleft" width="248"] EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Borhan Aman Shah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Alhamdulillah, usaha sejak awal tahun dan terima kasih kepada MBI. Dalam keadaan pandemik semua memerlukan tablet dan komputer riba kerana sering melakukan mesyuarat secara hibrid.

"Selain mesyuarat, penghulu juga dapat memasukkan data-data, program Kerajaan Negeri serta menyimpan pelbagai laporan," katanya ditemui pada majlis penyampaian tablet kepada penghulu di Foyer Bangunan SUK di sini hari ini.

Tambah Borhan, pihaknya berharap penghulu dapat memanfaatkan penggunaan tablet dengan sebaiknya untuk menyampaikan program dan dasar Kerajaan Negeri.

Terdahulu, seramai 57 penghulu mukim di Selangor menerima tablet dan kad SIM percuma sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Sumbangan itu disampaikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619