PBT

MBSJ bantu hampir 30,000 keluarga susah sepanjang pandemik

20 Okt 2021, 8:51 AM
MBSJ bantu hampir 30,000 keluarga susah sepanjang pandemik

SUBANG JAYA, 20 OKT: Seramai 28,457 keluarga berpendapatan rendah (B40) menerima makanan dan keperluan harian sumbangan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sejak 2019.

Inisiatif dengan peruntukan lebih RM400,000 turut diperluas kepada golongan yang hilang mata pencarian akibat pandemik Covid-19 awal tahun lalu, kata Datuk Bandarnya.

"Majoriti penerima dari keluarga B40 selain kakitangan MBSJ yang berdepan masalah. Kita jangka bilangan penerima meningkat setiap bulan dan pastikan mereka disantuni," kata Noraini Roslan.

Berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama MBSJ di sini hari ini, beliau berkata pihaknya mewujudkan tabung amal sejak 2019 bagi membantu kumpulan memerlukan.

Tabung yang mengumpul sebanyak RM147,986.35 hasil kutipan derma daripada kakitangan menumpukan aspek pendidikan, infrastruktur dan pembangunan modal insan, jelasnya.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM90,716.20 digunakan bagi membiayai yuran pengajian dan pembelian komputer riba untuk pelajar dari keluarga kurang mampu.

"Kita mahu mereka berupaya dari aspek sosial, ekonomi, kesihatan, keselamatan dan pendidikan bersesuaian dengan cabaran ketika ini," kata Noraini lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619