AGENDA

Pemulihan bekalan air di Sepang, Kuala Langat capai 55 peratus

19 Okt 2021, 12:58 PM
Pemulihan bekalan air di Sepang, Kuala Langat capai 55 peratus

SHAH ALAM, 19 OKT: Pemulihan bekalan air di beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat mencapai tahap 55 peratus setakat jam 7 malam tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata tempoh pemulihan di setiap kawasan adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan.

Katanya, senarai kawasan yang pulih boleh didapati di laman web www.airselangor.com

"Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

"Air Selangor berharap agar para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan," katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, berdasarkan perkongsian jadual di Facebook, peratusan pemulihan di Sepang adalah 69 peratus, manakala Kuala Langat sebanyak 40 peratus.

Terdahulu, kerja kecemasan dan pembaikan insiden paip pecah berhampiran Kampung Chinchang Salak Tinggi, Sepang siap jam 2 petang tadi, empat jam lebih awal daripada sasaran.

Air Selangor berkata bekalan air ke 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat disalurkan secara berperingkat mulai jam 2.30 petang tadi.

Menurutnya, bekalan air dijangka pulih jam 10 pagi esok dan tempoh pemulihan di kawasan terbabit berbeza bergantung lokasi serta tekanan air pada sistem agihan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619